Fotografi Hobi, Karier Atau Sekadar Suka - Suka




Assalamualaikum w.b.t pertamanya saya ingin memanjatkan syukur pada Allah s.w.t kerana memberi hidayah dan kekuatan kepada saya untuk menulis tips berkaitan dengan fotografi.
Bermula dengan sekadar suka - suka mengambil gambar event yang tiada kena mengena langsung dengan kerja saya iaitu hanya sebagai budak angkat barang equipment sound system.




Pada ketika itu seorang kawan dan merangkap bos kepada saya meminta bantuan saya untuk menangkap gambar mereka melakukan kerja - kerja rutin pemasangan sound sistem tersebut.
Dia menyatakan kepada saya supaya tidak perlu membuat kerja - kerja mengangkat barang tersebut kerana tidak sesuai dengan saya yang bertubuh sederhana kecil ini. Kemudian dia memberikan DSLRnya kepada saya dengan setting yang telah disetkan dengan mode P.




Ketika itulah pertama kali saya mengambil gambar mengunakan kamera DSLR jenama Canon model 450D. Dari situlah timbul minat yang amat mendalam terhadap fotografi.
Selama beberapa bulan saya mengikut beliau melakukan kerja sambil menangkap gambar mereka melakukan pemasangan. Timbul perasaan untuk memiliki sebuah kamera. Kebetulan adik saya ingin menjual kamera kompak digitalnya tanpa berfikir panjang saya terus membelinya dengan harga RM100 ringgit.

Berbekalkan Kamera Model Canon PowerShot A75, saya mula mengambil gambar apa sahaja yang saya rasakan menarik. Saiz kamera yang kecil itu membolehkan saya menyimpannya didalam pouchbeg. Kemana sahaja saya pergi pasti ada sahaja gambar yang saya ambil.

Setelah itu, saya menyimpan hasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang fotografi dan mula memdaftarkan diri di sebuah universiti swasta. Pada mulanya memang nak ambil subjek photography sahaja tapi disebabkan jarak perjalan yang agak jauh dari rumah membatalkan niat saya untuk mengambil kursus tersebut.




Jadi saya pun ambillah subjek lain iaitu Multimedia Industri. Walaupun kursus ini multimedia tetapi antara subjek - subjek utamanya ialah fotografi. Selain daripada itu kursus Multimedia Industri ini juga melibatkan subjek - subjek media yang lain iaitu Video, Audio, Animasi, Designing Dan It.

So takde la rasa macam rugi pilih kursus ni. Sepanjang tempoh pempelajaran. Fotografi menjadi subjek paling favourite. Dari situlah saya mendapat pendidikan secara formal dalam bidang fotografi ini.
Semasa sedang belajar, saya telah pun menerima pelbagai undangan dari pihak universiti untuk menjadi sebagai jurugambar rasmi bagi majlis - majlis di universiti. Itu telah membuatkan saya menjadi lebih yakin untuk meneruskan karier saya sebagai seorang jurugambar.

Apa yang amat mengembirakan saya ketika itu, saya telah mendapat jemputan dari seorang rakan universiti untuk merakam gambar dihari perkahwinan kakaknya. Tanpa sebarang bayaran tetapi ditaja untuk menginap disebuah resort terletak di Johor selama 3 hari 2 malam. Kalau nak tahu Tempat tu macam mana boleh search kat google Pulai Spring Resort.




Lama kelamaan makin ramai pulak yang nak suruh saya jadi OP. Dari situlah bermula karier saya sebagai seorang jurugambar dari suka-suka, hobi kemudian bertukar menjadi karier.
Sampai disini sahaja kalau tatabahasa tidak memuaskan saya mohon maaf tak ada editor untuk memeriksa penulisan saya ni. Semoga pengalaman ini dapat dijadikan sebagai pendorong kepada anda yang membacanya.Salam.



Comments